Cute Black Flying Butterfly




Asha Hername

Assalamualaikum . Hai ! Hai ! Hai fellas ! Hari ni baru ada mood mau update blog . Nampak ka tu ? Di atas tu ? aaaaaa , untuk pengetahuan kamu aku masuk Kolej Matrikulasi Labuan (KML) minggu lalu . Kenapa aku masuk sana ? Sebelum ne post ku pasal aku x mau masuk kan . Yes memang aku x mau masuk tapi aku kena masuk sana juga sebab aku x dapat tawaran dalam UPU . Sedih bukan ? Bayangkan lah perasaan aku bila baca ini "Dukacita dimaklumkan bahawa anda TIDAK BERJAYA dalam permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik Premier bagi Sesi Akademik 2013/2014." and I was .......... faham2 lah , hari tu macam mau buang jak tu slip SPM p laut . Macam lah tapi sebenarnya x sampai hati pon . Ok enough . Aku mau cerita pasal matriks ok .


Aku jalan p matriks time hari Jumaat malamnya tu sama dorang pypiet , onni , rullah , azzan . Kami satu bas dari Tawau ke KK , then dari KK p Menumbok , last skali dari Menumbok ke KML .


Panjang perjalanan mau sampai sana . Then The Registration Day . Oooommaaakk , banyak gila budak baru mendaftar . Baru jam 6.30 pagi panjang sudah barisan depan Dewan Mutiara . Tapi biasalah kan , KML pusat berkumpul Sabah & Sarawak mestilah ramai . Lepas mendaftar kena angkat bag . Bayangkan lah aku bawa dua beg roda satu besar satu normal size , nasiblah ada kawan2 yang sudi tolong . The sad part is bila aku dan kawan2 tengok orang lain datang dengan family . Best lah kena hantar family kan . Tapi x pa family x dapat datang sebab ada halangan mau buat macam mana kan ? :') Kayh proceed . Kediaman aku di Blok A Tingkat 1 Bilik 23 . Haaaa , untung aku dapat tingkat 1 tangan x lenguh nak angkat beg naik tangga . Lepas kemas barang semua roommate aku pun sampai . Nama dia Nis Ayu , dia asal Tawau tapi menetap d KK . Haaaa dia lah satu2nya roommate aku , means hanya kami dua orang ja dalam bilik tu , dua katil lagi kosong , maybe masuk lepas PLKN . Maybe lah . Lepas tu start jam 6 kami start sudah aktiviti Orentasi/Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) .


Malam pertama sudah tough . Malam tu taklimat ja ba nda silap . Aktiviti habis jam 11 tapi mau kemaskan diri itu ini alih alih jam 12 malam juga dapat tidur . Then kena bangun jam 3.30 atau 4.00 pagi sebab jam 4.30 mesti ada di surau sudah . Haaaaaa kau bayangkan lah waktu tidur tu berapa jam jak . Hari kedua sampai lah last day orentasi memang sangat sangat rushing , tidur jam 11/12 bangun jam 3.30/4.00 pagi . Dalam satu hari tu aku makan 2 kali sehari jak . Sarapan pagi n tengah hari . Makan malam memang x sempat I mean x da masa sebab aktiviti start jam 6 sampai lah malam ; habis aktiviti untuk satu hari . So memang kebulur juga lah time tu . Tapi nak buat macam mana kan . Kalau nak makan pun kena beratur panjang , kekadang sampai ada orang yang x sempat nak makan sebab kena tunggu giliran lama betul sampai tamat waktu rehat . Kesian orang tu . Tapi itu semua hanya dalam orentasi sahaja . Kalau time belajar xda sudah kena baris panjang macam tu . Antara aktiviti-aktivitinya ialah taklimat , senamrobik (opkoz) , Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Bersama Mentor , cheers (sorakan/yell) , ceramah lepas solat Subuh/Maghrib , Latihan Kebakaran dan lain-lain . Mohon rujuk jadual Orentasi ; 




Next, aku mau share pasal Misi , Visi , Moto , Logo dan Lagu Kolej . Part ne yang best especially lagu Kolej . Memang semua pelajar semangat kalau bab-bab menyanyi ne kan . Muzik lagu pun best haaaaa semangat lah mau menyanyi . 


Selain itu , macam karangan sudah kan . Okay mau share peta KML pulak . Click gambar tu kalau mau clear view ya .


Jeng jeng jeng ! Lepas tu aku mau share pasal cafe dia pula . Cafe d matriks ada 5 . Cafe A , Cafe B , Cafe C , Cafe Seri Merinding dan Cafe (khas untuk pensyarah) . Cafe ABC terletak di antara kediaman pelajar , Cafe Seri Merinding betul2 depan pintu masuk KML dan Cafe pensyarah di Menara Pentadbiran (MP) . Cafe yang famous ada lah Cafe B . Sebab apa ? Sebab makanan dia murah dan sedap . Siyes x tipu . Aku sanggup dari Blok A p Cafe B mau beli makanannya . Memang puas hati kalau d Cafe B . Itu bagi aku lah . Cafe lain pun okay juga . Dari kita jak tu sama da ngam atau x dengan cafe tu . Haaaa cenggitu pun boleh . TV ? Jangan risau setiap Cafe ada TV kecuali Cafe Seri Merinding x sure . Lagi pun Cafe Seri Merinding buka bila ada majlis tertentu sahaja . Kalau hari-hari biasa jarang bukak . 

Seterusnya pasal aktiviti selepas orentasi . Lepas Orentasi kami cuti seminggu . Haaaaa , bestnya ada cuti . Hehe . So banyak lah orang pulang . Orang Sarawak mau sambut Gawai . Orang Sabah mau sambut Kaamatan . Then tinggallah kami di KML . Aku dengan kawan-kawan pegi outing . Melawat blok , bilik dan makan . Kadang-kadang on9 itu pun kalau dapat lah . Malam-malam lepak di bilik kawan sambil cerita ceritu . Kalau siang jalan-jalan sekitar KML . Pagi dan Petang kalau rajin  pergi jogging d track . Pagi x da orang jogging . Kami-kami ja . Tapi kalau petang lah ramai orang jogging tu walaupun cuti . Okay . Rasanya ini sahaja kot . Kalau kamu ada apa-apa mau tanya , sila lah . Jangan Malu . Malu bertanya sesat jalan . 

p/s : Abaikan gambar kertas yang ronyok tu . Tengok tulisan nya yah . Kes kes malas mau menaip ne haha ;) 

Thanks for reading . Ini sahaja yang mampu aku share memandangkan hanya 11 hari sahaja  aku menetap di Kolej Matrikulasi Labuan :) .
Assalamualaikum. 





Secret. ♥





BFF
PMR 8A
SPM 10A
4.00 Flet
Doktor Gigi
Handphone Baru
Laptop Sendiri
Mr. Right


asha | blog editor
nicole | designer's blog
nicole | designer's blogskins
mymostloved | basecode
sagacity | inspiration
tumblr | pattern